Tanpa disedari, kita pon dah masuk tahun baru 2012! Project pertama para Deksus pada tahun ni ialah Chingay Parade 2012! Tema Chingay Parade tahun ni ialah “a waterway parade of love and care”. Waterway parade?? Haa ni lah part special skali untuk Chingay tahun ni… Kami semua kene berarak atas air lah! Air tu tak lah dalam sangat, sampai ke paras betis je. Hmm kalau nak berarak tu boleh lah, tapi… macam mane nak berdikir dalam air ye?? Haah check these photos out y’all!
***
***
Hah tu lah dia… Berdikir atas..err..bakul/bingkai/rangka (tak tau lah ape bende tu.. ‘crate’ dalam bahasa omputih) plastic! ok jugak lah tu. Fun! Sebenarnya mereka telah menganjurkan sejenis pertandingan buat para pendikir semua iaitu, untuk memaparkan koreografi unik dan kreatif bagi tempoh perarakan tersebut dengan menggunakan prop-prop yang sesuai. Ape lagi, kami pon ‘all-out’ lah! Hanya satu kumpulan sahaja yang akan diiktiraf dengan gelaran ‘Koreografi Paling Kreatif’ ini dan malangnya, ia bukanlah rezeki kami… Tidak mengapa. Yang penting, ia merupakan satu pengalaman manis bagi kami semua. Daripada training sendiri kepada mass rehersals.
***
***
Sayang DEKSUS!















































