Ketua Kampung Kita Dah Kahwinlah!
Salam semua!
Ini berita macam dah basi sikit, tapi takpe, sebab ni event macam wedding of the year lah..!
President kita, aka Ketua Kampung, aka Umie, aka tukang karut, aka pemain maracas baru kita, telah pun diijab-kabulkan dengan suaminya pada 11hb Jun lalu. Alhamdulillah…
Apa yang special sangat eh? Senior-senior kami yang lalu pun banyak dah kahwin pe… Bukannya apa, memandangkan umie kita ni berkahwin dengan ketua kesayangan kumpulan Durbar Dua, aka abah diorang, para ahli-ahli Wahana DekSu dan Durbar Dua telah banyak berkerjasama untuk menjayakan majlis kedua mempelai kita ni. Yang paling special skali, mesti lah surprise performance kite during the wedding dinner.
Mana nak adakan ‘secret’ training, buat lagu, practice movements semua…
Pendek kata, kerana sayang, kami semua telah berkorban masa dan usaha, dan menjadikan majlis persandingan itu satu majlis yang tidak dapat dilupakan.
Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aishah Junaidi dan Nazri Zaini!



